πŸ“£ PERHATIAN KEPADA SEMUA ALUMNI MADRASAH

Salam Tahun Baharu 2026 ✨
Apa khabar? Semoga Tuan/Puan berada dalam keadaan sihat walafiat serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Pihak PIBG Madrasah dengan penuh sukacita menjemput Tuan/Puan untuk berkongsi kisah kejayaan dan pengalaman sebagai inspirasi kepada para pelajar, di samping menzahirkan kemenjadian produk Madrasah serta mengeratkan silaturahim antara alumni dan warga sekolah.

Perkongsian Tuan/Puan menerusi inisiatif “Projek Inspirasi Alumni” ini pastinya memberi makna besar kepada pihak sekolah dan menjadi motivasi serta dorongan yang berharga kepada generasi muda.

Sekiranya berminat, sila imbas kod QR dan isi maklumat di dalam Google Form selewat-lewatnya pada 23 Februari 2026.

Psst… nak reunion tak? 😊

Salam ukhwah daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SK(A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan

#AlumniMadrasah #MadrasahAbdulKadir #InspirasiAlumni

Scroll to Top